
Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan
Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama sebuah universiti awam
yang terpilih. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan
aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan ide–ide inovatif di
kalangan ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang
terlibat dengan Sains Matematik.
Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi kepercayaan untuk
menganjurkan SKSM27 dengan bertemakan "Sains Matematik Peneraju Kelestarian
Industri dan Peradaban Manusia". Dalam usaha untuk mencapai taraf negara
Industri 4.0, usaha kearah memantapkan bidang Sains Matematik amat penting
sama ada di dalam pendidikan sekolah, institusi pengajian tinggi ataupun industri.
Peranan Sains Matematik dalam menerajui kelestarian industri dan peradaban
semakin terserlah apabila teknologi digital yang memerlukan penguasaan di dalam
bidang Sains Matematik khususnya, semakin berkembang sebagai nadi utama
dalam setiap cabang industri dan gaya hidup manusia.
Justru itu, UPM berbesar hati untuk menyumbang ke arah kecemerlangan Sains
Matematik di negara ini dengan penganjuran SKSM27 yang turut bertujuan bagi
mencapai kemajuan revolusi Industri 4.0.
Objektif
- Menghimpun para profesional dari semua sektor bagi mengalakkan
kerjasama dan jaringan serta perkongsian ilmu Sains Matematik.
- Menyediakan platfom untuk para pakar Sains Matematik (akademik dan
industri) berkongsi dapatan mereka bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi di
dalam penyelidikan Sains Matematik.
- Mewujudkan peluang bagi menonjolkan penemuan dan inovasi terkini yang
berkait dengan applikasi Sains Matematik dalam industri.
- Menggalakkan interaksi dan jalinan kerjasama yang lebih erat antara
penyelidik Matematik di Malaysia.
Penerbitan
Kertas Kerja penuh akan dinilai dan dipertimbang untuk diterbitkan di dalam jurnal/prosiding berikut:
Selanjutnya...
