Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama sebuah universiti awam yang terpilih. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya di Malaysia, menerusi perhimpunan dan perbincangan ide–ide inovatif di kalangan ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. Pada tahun 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan SKSM27 dengan bertemakan "Sains Matematik Peneraju Kelestarian Industri dan Peradaban Manusia". Dalam usaha untuk mencapai taraf negara Industri 4.0, usaha kearah memantapkan bidang Sains Matematik amat penting sama ada di dalam pendidikan sekolah, institusi pengajian tinggi ataupun industri. Peranan Sains Matematik dalam menerajui kelestarian industri dan peradaban semakin terserlah apabila teknologi digital yang memerlukan penguasaan di dalam bidang Sains Matematik khususnya, semakin berkembang sebagai nadi utama dalam setiap cabang industri dan gaya hidup manusia. Justru itu, UPM berbesar hati untuk menyumbang ke arah kecemerlangan Sains Matematik di negara ini dengan penganjuran SKSM27 yang turut bertujuan bagi mencapai kemajuan revolusi Industri 4.0.

Objektif

  • Menghimpun para profesional dari semua sektor bagi mengalakkan kerjasama dan jaringan serta perkongsian ilmu Sains Matematik.
  • Menyediakan platfom untuk para pakar Sains Matematik (akademik dan industri) berkongsi dapatan mereka bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi di dalam penyelidikan Sains Matematik.
  • Mewujudkan peluang bagi menonjolkan penemuan dan inovasi terkini yang berkait dengan applikasi Sains Matematik dalam industri.
  • Menggalakkan interaksi dan jalinan kerjasama yang lebih erat antara penyelidik Matematik di Malaysia.

Penerbitan

Kertas Kerja penuh akan dinilai dan dipertimbang untuk diterbitkan di dalam jurnal/prosiding berikut:

Selanjutnya...